Saturday, March 27, 2010

Kenduri Kahwin (Catering & Canopy)


Bermula sekitar tahun 2001 perniagaan ini di usahakan sepenuhnya oleh Allahyarham Hj. Shaharim Bin Abd. Majid bersama anak2nya dan beberapa orang kakitangan tetap syarikat milik Allahyarham sendiri iaitu Asoka Jaya Enterprise. Perniagaan katering dan kanopi ini bergiat aktif di sekitar Taiping, Kamunting dan Kuala Kangsar ini mempunyai pengalaman lebih kurang 10 tahun di dalam pengurusan bidang katering makanan dan kanopi. Allahyarham Hj. Shaharim Bin Abd Majid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Columbia Asia pada 10 Mar 2009, dan perniagaan Allahyarham kini di teruskan dan di majukan oleh anak2 Allahyarham sendiri..

Shah Catering & Canopy memang menawarkan harga yang berpatutan dengan budget anda, memang sesuai untuk semua golongan dan lapisan masyarakat. Dengan pengalaman dan perkhidmatan yang kami miliki anda mungkin berpuas hati bila berurusan dengan kami. Pakej katering perkahwinan kami bermula dari serendah RM6.50 sehingga RM9.00. Kemudahan kanopi berserta tempat makan pengantin dan VIP juga kami sediakan mengikut pilihan pakej kanopi atau katering. Kami mampu merealisasikan majlis anda tidak kira di mana anda lakukan, di rumah mahupun dewan orang ramai.

Harga catering makanan kami bermula dari RM6.50 se-orang.
(contoh : nasi, ayam, daging, dalca, jelatah, air, buah)

Harga canopy kami bermula dari RM180 ke-atas tidak termasuk scallop kanopi..

Kanopy Pengantin kami bermula dari RM350 untuk 14 orang sahaja termasuk pengantin.. (seperti di dalam gambar)

Sekiranya anda mahu sewa pinggan untuk set 14 orang makan sila maklumkan pada kami juga..