Sunday, August 8, 2010

Majlis resepsi di Medan, Indonesia.

Berlepas dari lapangan terbang Bayan lepas, Penang sekitar jam 1955 waktu Malaysia.. Arrival 2055 waktu Malaysia.. (waktu indon sekitar 7.55 malam) 5hb Jun 2010. Majlis pernikahan & persandingan pada 6hb jun 2010..

Landing je flight di medan, kami kena naik bus yg disediakan ke airport ada lah dalam 1km dr flight kami.. airport dia xde la besar sgt.. ramai plak ngn org waktu tu.. kena tggu check-up kastam indon plak, anak aku plak nangis x tahan panas ngn tggu lama Q-up.. patutnya dowang sediakan lane utk warga tua atau infant kat situ jd xde problem nti.. dh dekat turn aku serah passport br dia perasan anak aku dh nangis bising2.. hah, xpa lah janji seksa aku dh lepas.. time school holidays nasib la org pun ramai.. keluaq jer, perasan anak aku isya & atam tggu kami (depa smpi awal).. aku delay sehari, patutnye aku depart 4hb tp last minit ada kenduri jd aku p 5hb jun.. biz x bleh la tolak.. first time pegang duit berjuta2.. kita kan guna ringgit, depa ruppiah.. mula2 confuse jg la nk kira bila beli rokok kt sana..

Aku check-in di Aryaduta, medan.. (5s) tip top jg layanan dia, pasal mayb km org malaysia.. Smpi je aku terus terbongkang tido.. almaklum la penat seharian aku uruskan kenduri last minutes pya order.. hehehe..

Kanopi Pengantin Tema 'Purple With Love'



Di antara kanopi pengantin yang sempat kami rakamkan.. Kebanyakan majlis yang kami laksanakan, kami tidak berkesempatan mengambil gambar untuk tatapan anda. Ini adalah sebahagian darinya.. Terima Kasih...

Saturday, March 27, 2010

Kenduri Kahwin (Catering & Canopy)


Bermula sekitar tahun 2001 perniagaan ini di usahakan sepenuhnya oleh Allahyarham Hj. Shaharim Bin Abd. Majid bersama anak2nya dan beberapa orang kakitangan tetap syarikat milik Allahyarham sendiri iaitu Asoka Jaya Enterprise. Perniagaan katering dan kanopi ini bergiat aktif di sekitar Taiping, Kamunting dan Kuala Kangsar ini mempunyai pengalaman lebih kurang 10 tahun di dalam pengurusan bidang katering makanan dan kanopi. Allahyarham Hj. Shaharim Bin Abd Majid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Columbia Asia pada 10 Mar 2009, dan perniagaan Allahyarham kini di teruskan dan di majukan oleh anak2 Allahyarham sendiri..

Shah Catering & Canopy memang menawarkan harga yang berpatutan dengan budget anda, memang sesuai untuk semua golongan dan lapisan masyarakat. Dengan pengalaman dan perkhidmatan yang kami miliki anda mungkin berpuas hati bila berurusan dengan kami. Pakej katering perkahwinan kami bermula dari serendah RM6.50 sehingga RM9.00. Kemudahan kanopi berserta tempat makan pengantin dan VIP juga kami sediakan mengikut pilihan pakej kanopi atau katering. Kami mampu merealisasikan majlis anda tidak kira di mana anda lakukan, di rumah mahupun dewan orang ramai.

Harga catering makanan kami bermula dari RM6.50 se-orang.
(contoh : nasi, ayam, daging, dalca, jelatah, air, buah)

Harga canopy kami bermula dari RM180 ke-atas tidak termasuk scallop kanopi..

Kanopy Pengantin kami bermula dari RM350 untuk 14 orang sahaja termasuk pengantin.. (seperti di dalam gambar)

Sekiranya anda mahu sewa pinggan untuk set 14 orang makan sila maklumkan pada kami juga..